Bila sebut je pasal perkahwinan, mesti kita nak yang terbaik, tapi dalam masa yang sama tak nak poket koyak, betul tak? Salah satu dilema terbesar bakal pengantin adalah nak pilih Pakej All-In atau susun sendiri ikut bajet dengan Pakej Berasingan. So, jom kita bincang apa kelebihan dan kekurangan kedua-dua pilihan ni.
Apa Itu Pakej All-in?
Macam nama dia, All-In maksudnya semua dah termasuk sekali dalam satu pakej. Biasanya vendor akan sediakan satu set lengkap termasuk:
- Makeup & busana pengantin
- Pelamin & dekorasi
- Katering
- Gambar & video
- Busana Pengantin (2–3 pasang)
- Solekan & Dandanan
- Dewan/kanopi
- Door gift
- MC & sound system
Kelebihan Pakej All-in
Mudah & Jimat Masa
Korang tak perlu pening kepala fikir nak cari vendor satu-satu. Semua dah diuruskan oleh satu pihak. Sesuai sangat untuk korang yang bekerja full-time dan tak ada masa nak urus hal kecil.
Flow Majlis Lebih Teratur
Bila semua dari satu team, biasanya mereka dah biasa bekerja bersama. Jadi, komunikasi lancar dan majlis pun akan nampak smooth dari awal sampai habis.
Harga Lebih Jimat (Kadangkala)
Vendor boleh bagi harga lebih rendah sebab dia urus semuanya.
Senang Berurusan
Hanya satu nombor untuk semua perkara tak payah hubungi 7 vendor berlainan. Kalau ada masalah pun, boleh rujuk pada satu pihak sahaja.
Apa Yang Perlu Diperhatikan Dalam Pakej All-in
Kurang Fleksibiliti
Banyak benda dah ‘pre-set’. Kalau korang nak tema unik, atau ada citarasa spesifik, mungkin susah nak ubah ikut kehendak sendiri.
Kalau Salah Pilih Vendor Semua Terbabas!
Ini paling menakutkan. Kalau vendor tak deliver seperti dijanjikan, korang boleh hilang banyak benda sekaligus makanan, gambar, pelamin… semua!
Kualiti Tak Konsisten
Kadang-kadang, vendor pakai sub-vendor. Jadi ada part yang mantap, ada part yang ‘cukup syarat’. Contohnya, makeup cun gila tapi makanan biasa-biasa.
Apa Pula Pakej Berasingan?
Ini jenis DIY sikit. Korang pilih setiap servis dari vendor berbeza. Nak makeup artis viral dari IG? Boleh. Nak photographer dari cousin sendiri? Pun boleh. Korang yang buat semua keputusan.
Kelebihan Pakej Berasingan
Boleh Pilih yang Terbaik untuk Setiap Perkara
Korang boleh pilih vendor yang korang betul-betul suka dan percaya. Nak pastikan setiap aspek majlis tu top-notch? Inilah jalannya.
Sesuai untuk Majlis Kecil atau Intimate
Kalau korang plan buat majlis sederhana atau bajet, pakej berasingan boleh disusun ikut bajet yang lebih sesuai.
Kualiti Lebih Terkawal
Korang boleh test atau buat research untuk setiap vendor.
Apa Yang Perlu Diperhatikan Dalam Pakej Berasingan
Penat & Makan Masa
Setiap vendor kena dihubungi, dicari, dibincang, dan dipantau sendiri. Kena buat research, survey harga, buat perbandingan. Letih tau!
Perlu Koordinasi Sendiri
Kalau tak ada wedding planner, korang sendiri kena pastikan semua vendor datang on time, ikut turn masing-masing. Kalau ada yang sangkut, boleh jejaskan majlis.
Risiko Bajet Lari
Bila terlalu banyak vendor, ada risiko bajet . Tambah sikit sana sini, tahu-tahu je bajet asal dah overspend.
Jadi, Yang Mana Patut Kita Pilih?
Tak ada jawapan betul atau salah. Yang penting kenal pasti gaya hidup, bajet dan keutamaan korang.
Pilih Pakej All-In kalau:
- Korang bekerja dan tak ada masa nak urus semua benda.
- Nak majlis berskala besar dan nampak teratur.
- Tak terlalu cerewet bab detail asalkan semua siap.
Pilih Pakej Berasingan kalau:
- Korang suka personalize dan nak kendalikan semuanya sendiri.
- Ada masa dan tenaga untuk buat planning sendiri.
- Mahukan hasil kerja vendor yang betul-betul ikut citarasa korang.
Kalau korang busy, suka senang dan nak everything settled All In memang lifesaver.
Tapi kalau korang cerewet bab detail, suka hasil kerja custom & tak kisah berkorban masa Pakej berasingan boleh bagi result yang “wow” sangat!
Kalau korang suka artikel ni, jangan lupa share & tag BFF yang tengah plan wedding! dan Kalau korang ada pengalaman menarik dengan mana-mana jenis pakej, kongsikan di ruangan komen ya!