Pengantin perempuan selalu lupa untuk membeli beberapa barang ini. Boleh huru-hara kalau barang-barang ini tiada. Maka sebab itulah pengantin perempuan perlu sentiasa peka dengan persediaan barang-barang ini. Disarankan untuk menyediakannya lebih awal supaya tidak kelam kabut pada pagi hari nikah atau majlis resepsi. Disini kami sertakan beberapa idea untuk bakal pengantin sediakan barang-barang ini.
Jarum Peniti
Kerongsang
Lupa nak beli stock kerongsang? Ingatkan kerongsang dah banyak dah Eh! time pagi kahwin tiba-tiba tak jumpa pulak😲 So better beli awal-awal simpan asing untuk pakai time wedding nanti okay!
Kipas Mini
Salah satu benda penting adalah kipas mini. Kipas mini ni penting seba musim panas ni kipas besar tu tak membantu sangat lagi-lagi ketika tengah ramai orang. Kipas mini ni boleh diikat di bunga tangan kahwin anda! Nak outdoor panas pon tak ada masalah. Jadi, apa tunggu lagi? Bakal pengantin sediakan barang-barang ini!
Stokin Tangan Lace
Hari wedding ramai orang dan mesti sibuk mahu bersalam dengan tetamu dan mesti tersising sikit ke lengan jadi jangan lupa cover aurat anda ye sis 😉 Bakal suami pon boleh ingatkan future wife korang.
Pencuci Makeup
Makeup pengantin ni tebal sikit, nak guna kapas dengan air je silap-silap habes muka nanti. Jadi guna pencuci makeup untuk bersihkan muka jadi senang untuk berwuduk nanti.
Sarung Kaki/Stokin
Sarung kaki ataupun stokin amat penting bagi bakal pengantin. Ini adalah untuk mengelakkan kaki anda kerap berpeluh ketika majlis resepsi anda dan juga untuk anda kekal selesa di sepanjang hari.
Kapas Muka
Bagi pengantin perempuan amatlah risau jika anda terlepas panda kapas muka. Ini adalah kerana kapas muka penting untuk anda membasuh sisa make up selepas majlis perkahwinan anda. Pastikan anda sudah siap sedia kapas muka dari awal.
Tisu Muka
Anak Tudung
Salah satu benda wajib bagi bakal-bakal pengantin perempuan untuk akad nikah adalah anak tudung! Menjadi satu masalah jika anda terlepas pandang. Jadi, buat semua bakal pengantin perempuan, pastikan anak tudung ini ada di dalam senarai benda penting di majlis anda nanti.