Memikat hati seseorang, termasuk lelaki, boleh menjadi tugas yang mencabar, tetapi ia tidak selalu memerlukan kata-kata. Beberapa cara untuk menarik hati lelaki secara rahsia melibatkan ekspresi, sikap dan tindakan bukan lisan yang boleh membuatkan anda kelihatan menarik dan membina hubungan emosi. Sekarang kan sudah 2024, tiada masalah pun jadi perigi cari timba. Apa salahnya kalau wanita yang pikat lelaki pula. Kalau tidak mahu jadi terlalu obvious kami tunjukkan cara memikat hati lelaki dalam diam. Mbride akan menyediakan cara-cara memikat hati lelaki dalam diam.
1. Bertukar Nombor Telefon Atau Media Sosial
Jika belum bertukar nombor telefon atau media sosial, mulailah dengan ini. Tetapi pastikan untuk berbuat dengan sopan dan sesuai konteks. Contohnya setelah percakapan yang menyenangkan atau setelah bertemu di tempat yang sesuai. Anda juga boleh respon kepada gambar yang dia pernah hantar di story atau di posting. Jika anda inginkan kepastian tentang dirinya, boleh juga bertanyakan kepada kawannya.
2. Jangan Jadi Stalker Tidak Bertauliah!
Jangan terlalu aktif di media sosial atau terlalu mengejar. Berikan ruang dan privasi yang cukup. Terlalu banyak stalking dapat membuat orang merasa tidak selesa. Walaupun anda meminati dia, ini tidak memberikan lampu hijau kepada anda untuk ‘Like’ gambar-gambar dia dari beberapa tahun lepas. Elakkan juga membalas setiap story yang dia post.
3. Puji Si Dia
Wanita memang sangat mudah dapat pujian. Tetapi tidak bagi sesetengah lelaki. Jadi anda perlu upgrade cara anda memuji seseorang yang anda minat. Sampaikan pujian dengan jujur dan ikhlas. Jangan berlebihan, tetapi tunjukkan penghargaan untuk kualiti atau sifat positif yang anda perhatikan. Boleh lihat di media sosial dia tentang minatnya. Puji dia daripada minatnya itu. Kalau dia pandai menangkap gambar, anda boleh puji karya-karyanya.
4. Ajak Dia Berjumpa
Cadangkan pertemuan secara peribadi, contohnya dengan menjemputnya minum kopi atau makan malam. Ini boleh membuka pintu untuk memupuk hubungan yang lebih erat. Tidak mengapa. Berkenalan dengan dia perlahan-lahan. Kalau anda takut dia bukanlah ‘The One’, boleh sahaja anda mulakan talking stage dengan orang lain. Jangan ter-catch feelings dengan mudah. Sebagaimana anda pandai menyembunyikan perkara tentang diri anda, begitu juga dia.
5. Cuba Cari Love Language Si Dia
Tahu bahasa cinta lelaki itu. Adakah dia berasa lebih disayangi melalui kata-kata pujian, tindakan perkhidmatan, masa bersama, sentuhan fizikal, atau memberi hadiah? Fokus pada aspek ini untuk menjadikan hubungan lebih bermakna. Cara ini akan memakan masa tetapi ia sangat berbaloi. Anda boleh cuba fahami love language si dia dan anda cuba praktikkan kepada dia. Love language adalah salah satu cara orang itu betul-betul rasa dihargai.
6. Jaga & Hormati Perbatasan
Pastikan sentiasa menjaga batasan dan menghormati kehendak dan keselesaan lelaki itu. Jangan terlalu terbuka atau terlalu mendesak. Keyakinan diri adalah penting, tetapi ia juga perlu diseimbangkan dengan menghormati kehendak orang lain. Jika dia tidak menunjukkan minat, anda perlu move on. Jangan desak si dia untuk sama-sama berkenalan. Tidak semestinya setiap perkenalan itu akan bertahan lama atau dia menjadi pasangan anda.