Kasut kahwin merupakan aksesori yang amat penting bagi melengkapi penampilan si pengantin. Pemilihan kasut perkahwinan yang tepat adalah impian bagi semua bakal pengantin yang bakal melangsungkan agar boleh bergerak dengan selesa semasa majlis perkahwinan mereka. Tambahan pula, ia mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai apabila dipadankan dengan baju perkahwinan yang memukau. . Disini kami kongsikan untuk anda tips untuk kasut kahwin selesa tetapi tampil memukau.
Terdapat banyak jenis kasut kahwin yang kadang kala boleh membuatkan pengantin bingung untuk memilihnya. Jadi anda haruslah bijak memilih kasut yang bersesuaian dan selesa agar ia tidak merosakkan penampilan anda sebagai ratu sehari. Kini ramai pengantin memilih kasut strappy sandals dan slingbacks sebagai pilihan.
Jenis kaki besar
Salah satu tips untuk anda tips untuk kasut kahwin selesa tetapi tampil memukau bagi bakal pengantin yang memiliki kaki besar maka ELAKKAN untuk memakai kasut jenis “sling back” atau kasut ala gladiator kerana ia akan menonjolkan pergelangan kaki anda.
Elak pakai warna kontras
Sebaiknya, elak memakai kasut dengan warna kontras seperti warna merah atau kuning. Kerana ini akan membuatkan kaki kelihatan semakin pendek dan besar.
Guna kasut putih atau beige
Kasut berwarna putih atau beige merupakan pilihan terbaik yang para pengantin boleh gunakan ketika majlis perkahwinan.
Pilih kasut jenis pump
Untuk bentuk kasut, pilihlah kasut jenis “pump” iaitu tertutup untuk menutupi kawasan pergelangan kaki. Kasut jenis “stiletto” pula akan membantu kaki anda tampak lebih panjang.
Jenis betis besar
Bagi bakal pengantin yang berbetis besar, disarankan untuk memilih kasut jenis “sling back” atau pon “strappy shoes”. Jenis kasut seperti ini akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutama pergelangan. Sebaliknya hindari kasut jenis “pump” kerana ia akan membuat kaki anda kelihatan tenggelam.