Kek perkahwinan merupakan elemen penting di sesebuah majlis perkahwinan. Selain mempunyai pelamin yang indah dan memukau, ia kahwin juga mampu menarik minat para tetamu yang hadir di hari perkahwinan anda. Menempah atau membeli kek kahwin memerlukan perancangan yang awal agar impian untuk memiliki kek idaman tercapai. Ada sesetengah bahan memerlukan jangka masa yang panjang untuk disiapkan terutama dari segi perhiasan.
Pemilihan kek perkahwinan memerlukan persetujuan kedua belah pihak antara lelaki dan wanita. Ini bagi mengelakkan salah faham dan ketidakpuasan hati jika hanya seorang wakil sahaja yang ingin memilih kek perkahwinan. Saiz kek yang besar atau tidak, itu bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih kek perkahwinan sempena hari bahagia anda. Ayuh semak perkara ini sebelum memilih kek yang bersesuaian dengan hari perkahwinan anda.
Buat Pengiraan Bajet Terlebih Dahulu
Pemilihan kek kahwin memerlukan perbelanjaan wang ringgit. Perbincangan bersama pasangan anda sangat diperlukan dalam menentukan ketetapan bajet untuk dilaburkan pada kek kahwin. Jika anda tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membelanjakan kek perkahwinan yang besar, cukup sahaja menempah atau membeli kek yang kecil dan simple. Kek yang mahal tidak semestinya cantik dan kek yang murah tidak semestinya tidak sedap. Uruskan perkara yang lebih penting terlebih dahulu untuk dibelanjakan dalam urusan majlis perkahwinan anda.
Tempah Kek Mengikut Pilihan Anda, Bukan Orang Lain !
Tempahlah kek yang anda dan pasangan idamkan sempena hari perkahwinan anda nanti. Tidak perlu ikut cakap orang lain dalam menentukan kek perkahwinan anda. Ini dapat menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai. Elakkan dari melibatkan idea orang ramai dalam memilih kek anda. Hal ini juga akan memeningkan kepala anda kerana terdapat banyak idea dan ragaman dari sesetengah pihak. Jika mahu senang, hanya berbincang dengan pasangan anda sahaja dalam memilih kek kalian.
Pilih Kek Yang Sesuai Dengan Tema Perkahwinan Anda
Tentukan terlebih dahulu tema perkahwinan anda sebelum memilih kek perkahwinan yang sesuai. Jika tema perkahwinan berkonsepkan tema klasik, anda boleh menentukan corak dan warna yang klasik dalam hiasan pada kek anda. Elakkan dari tersalah tema dalam memilih warna kek untuk perkahwinan anda. Pastikan elemen warna, bentuk, dekorasi adalah sama dengan tema perkahwinan anda. Bincang terlebih dahulu dengan pembuat kek perkahwinan anda tentang elemen-elemen tersebut.
Pilih Baker Yang Bertanggungjawab Terhadap Kek Anda !
Untuk mengelakkan dari permasalahan yang berlaku semasa berlangsungnya hari perkahwinan anda, pilihlah baker yang bertauliah dan bertanggungjawab. Memilih pembuat kek yang bertanggungjawab merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan. Lihat pada baker yang senang untuk anda berbincang dan mampu mengutarakan idea yang bernas untuk hiasan kek anda yang bersesuaian dengan tema. Pilih juga baker yang mampu menyiapkan kek perkahwinan anda on time dari tarikh anda membuat tempahan kek.
Buat Cake Testing Terlebih Dahulu Bersama Pasangan
Kek kahwin mempunyai pelbagai jenis bahan dan perisa. Penting untuk anda dan pasangan membuat cake testing terlebih dahulu sebelum memilih kek perkahwinan anda. Rasai perisa yang boleh kalian rasa dan makan. Ada sesetengah bakal pengantin yang tidak gemar pada perisa tiramisu dan lebih kepada rasa yang neutral. Pastikan kedua bakal pengantin boleh menikmati kelazatan kek bersama semasa hari bahagian kalian nanti. Jika salah seorang tidak boleh makan kek tersebut, boleh merosakkan mood dan suasana ketika acara memotong kek nanti. Pasti anda tidak mahu perkara itu berlaku bukan.