Pemakaian tiara merupakan satu daripada aksesori perkahwinan bagi pengantin wanita di hari perkahwinan mereka. Siapa tidak mahu cantik bukan di hari bahagia? Pemakaian tiara membuatkan diri pengantin tampil berbeza bak seorang ratu. Pengantin wanita akan menjadi tumpuan kepada para tetamu yang hadir, maka mereka perlulah kelihatan cantik dan memukau untuk menambat hati para tetamu. Sudah pasti, tetamu juga akan melihat tiara yang digunakan oleh pengantin tersebut jika ia bersesuaian dengan pengantin tersebut atau tidak. Berikut merupakan top 5 sesuai dipakai pada hari bahagia anda.
1. Tiara Bersaiz Kecil Dan Tampak Elegan
Buat wanita yang bakal bertunang, anda boleh pilih tiara bersaiz kecil dan tampak elegan bila dipakai. Majlis pertunangan tidak digalakkan untuk memakai tiara atau crown yang terlalu besar dan tinggi. Ini akan menampakan anda terlalu melebih kerana baru hanya ingin bertunang. Apa kata tetamu yang hadir pada majlis pertunangan anda nanti? Tiara kecil ini tampak lebih sesuai kepada wanita yang ingin melangsungkan pertunangan seterusnya gaya manis seorang perempuan terserlah dengan memakai tiara ini.
2. Tiara Sederhana Dan Minimalist
Tiara ini sesuai untuk bakal pengantin yang ingin berkahwin dan tampak sederhana dalam penggayaan tudung mereka. Tiara ini juga mempunyai reka bentuk yang minimalist dan tidak terlalu tinggi. Reka bentuknya sesuai untuk peringkat seterusnya selepas bertunang. Bakal pengantin akan dilihat lebih manis dan minimalist di hari bahagia anda nanti.
3. Tiara Tinggi Dan Gaya Mewah
Tiara ini sesuai untuk digayakan semasa majlis persandingan kerana majlis ini adalah waktu kemuncak buat pengantin. Majlis persandingan dihadiri oleh ramai tetamu. Jadi pilihlah tiara jenis tinggi dan tampak mewah untuk dipakai pada hari persandingan anda. Barulah glam dan pasti tetamu akan melirik ke tiara anda.
4. Tiara Cucuk Sanggul Tradisional
Buat bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan tema tradisional, cucuk sanggul ini amat sesuai untuk anda. Digayakan dengan busana songket melayu asli pasti anda akan tampak lebih manis dengan gaya klasik. Jika anda tidak tahu memakainya, upahlah penggaya semasa majlis perkahwinan anda. Penggaya anda lebih mahir dan peka terhadap semua aspek apa yang anda ingin pakai di majlis persandingan anda.
5. Tiara Floral Yang Anggun
Tiara ini amat sesuai kepada pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di pantai atau taman. Tema ala garden dan beach membuatkan si pemakai crown bunga ini tampak lebih estetik dan minimalist.