Lelaki turn-off dengan perempuan? Seperti wanita, lelaki juga sebenarnya mempunyai citarasa unik yang membuatkan mereka jatuh hati dengan pasangannya. Ada yang tertarik dengan senyuman manis pasangan mereka, ada yang mengagumi penampilan pasangan mereka malah ada juga yang jatuh hati dengan sifat pasangan. Tetapi awas, lelaki biasanya mudah turn off dengan wanita yang banyak ragam! Ragam apa? Baca ini.
1. Suka Mencarut
Kaum hawa seharusnya kelihatan lemah lembut dan bersopan santun. Tetapi dalam pada masa yang sama berani dan yakin dalam menyuarakan pendapat dan pendirian mereka. Tetapi bukan sehingga menyumpah-seranah dengan melampiaskan bahasa-bahasa kesat. Para lelaki lebih gemar wanita yang meluahkan emosi tanpa meninggikan suara atau mencarut.
2. Suka Mencari Perhatian
Wujud wanita yang suka merengek dan mengadu perkara yang remeh-temeh semata-mata nak dapatkan perhatian teman lelaki mereka. Tetapi sekiranya kerap melakukan hal begitu akan menimbulkan rasa rimas kepada pasangan anda. Jadi jangan! Disarankan berkelakuan natural kerana ini akan lebih membuatkan pasangan anda lebih tertarik pada anda.
3. Tak Sabar
Makan lambat, COMPLAIN! Kene beratur panjang, COMPLAIN! Semua benda nak COMPLAIN! Kalau anda meluahkan rasa ketidakpuasan hati anda terlalu kerap nanti teman lelaki anda pula yang hilang sabar.
4. “Queen Control”
Kaum lelaki lumrahnya tidak suka dikawal atau dikongkong. Sekiranya anda terlalu mengawal ketat segala perbuatan teman lelaki anda, dia akan berasa rimas kerana dia perlukan kebebasan juga. Anda cuma perlu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pasangan.
5. Menipu
Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, tiada siapa yang suka ditipu. Kalau seseorang lelaki itu mendapat tahu yang teman wanita mereka melakukan penipuan walaupun tipu sunat, ini pasti akan mencalarkan hubungan mereka. Ingat! Hubungan yang sihat bermula dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak.
6. Bersikap pesimis
Kaum lelaki akan hilang minat jika teman wanita mereka bersikap terlalu negatif, mudah putus asa atau kecewa. Sebaliknya, anda perlu lebih bersemangat dalam hidup dan melihat semua situasi dari sudut positif. Baru hubungan anda seronok!
7. Sering membetulkan makeup di khalayak ramai
Ada golongan lelaki yang cepat berasa rimas apabila wanita terlalu taksub dengan rupa mereka. Janganla sampai setiap lima minit kene touch-up lipstick di depan orang ramai. Santai sedikit dan jangan terlalu risau akan penampilan anda. Kalau mereka betul-betul sukakan anda, anda tak perlu terlalu risau tentang rupa.