Wanita yang tak boleh dikahwini membawa kita ke dalam penelusuran sifat-sifat yang mungkin menjadi hambatan dalam pernikahan. Dalam konteks ini, kita akan mengeksplorasi karakteristik-karakteristik tersebut dan bagaimana sifat-sifat tersebut dapat memengaruhi kemungkinan sebuah hubungan pernikahan. Artikel ini menyoroti aspek-aspek yang mungkin perlu diperhatikan ketika mencari pasangan hidup, dan pada akhirnya, memberikan pemahaman tentang pentingnya keselarasan dalam membina hubungan yang kokoh dan bahagia.
Barraqah
Ianya adalah sifat wanita yang suka berhias secara berlebih-lebihan sepanjang masa. Wanita yang mempunyai keinginan untuk berhias berlebih-lebihan biasanya akan bersikap lebih boros dalam berbelanja hal-hal peribadi. Sikap yang sedemikian sangat mudah untuk menarik perhatian lelaki lain di luar sana sehinggi menimbulkan dosa yang berpanjangan tanpa kita perasan.
Haddaqah
Seterusnya, adalah wanita yang boros dalam berbelanja tanpa mengira kehendak atau keperluan. Berbelanja bukanla satu perkara yang salah tetapi bila mana ia berlebih-lebihan sehingga mengganggu kehidupan seharian wanita tersebut setelah berumah tangga, ianya pasti memberi kesan negatif.
Syaddaqah
Wanita yang berlebihan dalam ucapannya. Kata-kata wanita jenis ini memang terasa panas dan tajam bila berbicara dengan orang lain. Hampir setiap perkara mahu dikomen atau ditegur dan teguran bukanlah untuk memperbaiki atau pun bermanfaat tetapi hanya sekadar menegur tanpa sebab. Komunikasi dalam rumah tangga bersama wanita ini akan menyebabkan emosi semakin membuak-buak dan seterusnya banyak perkara yang remeh sekalipun menjadi punca untuk bergaduh
Annanah
Terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah secara bertalian. Misalnya hari ini, ada ramai wanita yang sanggup mengadu dan meluahkan masalah rumah tangga di media sosial
Mannanah
Wanita yang suka mengungkit jasa baik yang pernah mereka lakukan. Mereka ini jika dikahwini akan mendatangkan masalah kepada si lelaki kerana biasanya jika ada perbezaan pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan jasa yanng pernah dibuat.
Hannanah
Wanita yang suka menceritakan kelebihan orang lain di depan suami. Sikap seorang isteri yang suka menceritakan kebaikan dan kelebihan lelaki lain di hadapan suaminya biasanya menimbulkan cemburu dalam rumah tangga. Lama kelamaan semuanya ini dapat merosakkan hubungan perkahwinan yang dibina