Sudah pasti anda berdebar-debar untuk berjumpa bakal mentua untuk pertama kalinya. Mungkin juga sehingga tidak dapat melelapkan mata di malam hari kerana terlalu risau memikirkan pertemuan bersama bakal mentua. Mungkin juga memikirkan sekiranya bakal mentua tidak menerima diri anda yang seadanya. Juga pasti anda terfikir-fikir jika ada Tips Bertemu Bakal Mentua ini.
Jadi perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan, dan juga sebagai memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan mereka dalam menjalin kemesraan antara dua pihak. Walaupun hanya calon, belajar cara mengambil hati mertua, agar disayangi mertua selalu. Usah bertangguh lagi, ikuti 10 tips bertemu bakal mentua ini.
Rancang Pertemuan
Penting untuk mengatur masa dalam membuat temujanji atau aturan untuk bertemu dengan mentua. Ini akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu. Tidak disarankan untuk bertemu secara mengejut atau datang sekiranya tiada majllis keraian. Contoh masa pertemuan adalah seperti hari raya aidilfitri, kenduri kahwin saudara atau sewaktu dengannya.
Jaga Penampilan Diri
Penampilan menunjukkan keperibadian anda jadi adalah sangat penting kerana ianya akan membuat tanggapan pertama oleh keluarga mentua. Maklumlah, sebelum menyerahkan anak mereka kepada anda jadi mereka perlulah membuat Analisa tentang bakal menantu yang akan dikahwini oleh anda. Jadi dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sopan contohnya memakai baju kurung.
Tunjukkan Adab Sopan Dan Kerajinan
Tunjukkan akhlak yang baik. Bertuturla dengan perkataan yang baik yang menggambarkan keperibadian anda. Ringankan tulang untuk membantu bakal mertua seperti mengemas atau membasuh pinggan. Bakal mentua akan menganalisa berdasarkan skil komunikasi atau skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak. Untuk para lelaki, sekiranya menghadiri majlis keraian kelurga bakal mentua maka ringan-ringankan tulang untuk membantu majlis seperti menggorang ayam, mengangkat makanan dan dulang kepada tetamu.
Biarlah Bersederhana
Tips berjumpa bakal mertua yang seterusnya ialah sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Ianya juga akan merapatkan silaturrahim antara kedua belah pihak. Untuk perempuan, elakkanlah bermekap tebal-tebal
Jadi Diri Sendiri, Jangan Fake
Tunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada bakal mentua. Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya. Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua
Ada Pengetahuan Agama Yang Kukuh
Tingkatkan ilmu pengetahuan tentang agama amat penting kerana ia adalah tunggak kebahagian dan kewajipan sesebuah keluarga. Ilmu agama ini akan memberi panduan kepada keluarga dan pasangan ke arah kehidupan yang lebih Bahagia didunia dan di akhirat dan panduan kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak. Bagi kaum lelaki anda bakal ditanya untuk mengimamkan solat fardu jadi bersiap sedialah dan jangan asyik menggelengkan kepala kerana anda bakal menjadi pemimpin keluarga
Soal Selidik Tentang Pihak Mentua
Sebelum bertemu dengan bakal mentua, maka lakukanla sedikit soal selidik melalui pasangan anda. Ini bakal mengelakkan salah faham dan mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tapi bertanyakan dengan cara yang sopan jangan sampai mengguris hati pasangan.
Pandai Membuka Bicara/ Memulakan Topik
Pembukaan bicara adalah sesuatu yang sangat sukar dilakukan lagi-lagi apabila ianya dalam keadaan yang janggal atau seseorang yang jarang berjumpa. Tetapi sekiranya anda telah melakukan soal selidik maka agak mudah kerana sudah mendapat gambaran akan topik yang dapat dibicarkan bersama bakal mentua. Cubalah untuk berbual secara spontan dan natural. Jika akan kehabisan idea maka berborakla tentang cuaca semasa
Bawa Buah Tangan
Bawalah sedikit buah tangan sebagai penghargaan terhadap pertemuan anda bersama pihak bakal mentua. Ini juga boleh menjadi salah satu cara untuk menambat hati mentua. Dari buah tangan ini mungkin juga boleh dijadikan topik perbualan anda bersama keluarga mentua.
Berkenalan Dengan Bakal Abang/Kakak/Adik Ipar
Janganlah anda menjadi sombong . berbual dan berbaik-baiklah dengan mengenal bakal abang/kakak/adik ipar anda. Ambil peluang untuk mengenali dengan lebih rapat. Ini kerana anda bukan sahaja berkahwin dengan pasangan malah anda juga berkahwin dengan keluarga pasangan juga.