Jika anda memilih untuk memberikan hantaran buah-buahan dalam pernikahan, berikut adalah beberapa tips untuk memilih buah-buahan yang segar dan cantik:
Gunakan buah-buahan yang sesuai sebagai hantaran
Kenalpasti jenis buah-buahan yang sesuai untuk dijadikan hantaran. Antara buah-buahan yang selalu digunakan seperti buah epal, oren, pisang, anggur, kiwi, plum dan juga strawberi
Boleh juga menggabungkan dengan buah-buahan yang bersaiz besar dan saiz kecil untuk menyerlahkan lagi gubahan tersebut. Pilihan warna buah-buahan yang kontra adalah sangat penting seperti menggabungkan warna oren dan hijau akan membuatkan hantaran anda menjadi menarik.
Menggunakan kuantiti buah-buahan yang mencukupi
Kuantiti buah-buahan yang digunakan tidak boleh terlalu banyak tetapi tidak boleh terlalu sedikit. Jika menggunakan buah-buahan yang berlebihan akan menampakkan hantaran terlalu sarat dan tidak menarik. Jika terlalu sedikit, gubahan hantaran akan nampak sangat kosong dan membosankan.
Mulakan hiasan dulang hantaran dengan buah-buahan yang bersaiz besar dahulu dan kemudian barulah penuhi ruangan yang tampak kosong dengan buah-buahan bersaiz kecil ataupun bunga-bunga segar.
Gunakan teknik untuk menjadikan cantik, segar dan berkilat
Kebiasaanya buah-buahan ini akan disapu dengan minyak untuk menampakkan buah kelihatan cantik dan berkilat. Tetapi sebenarnya ada cara lain yang lebih baik daripada menggunakan minyak.
Kebiasaannya, buah-buahan yang dijual di pasaraya akan disaluti dengan wax untuk memastikan buah tersebut tahan lebih lama. Jadi, anda hanya gunakan tisu dapur yang bersih untuk menggosok wax pada permukaan kulit buah sehingga ia nampak berkilat.
Menggubah hantaran buah-buahan dengan hiasan yang simple
Tidak disarankan untuk menghias hantaran buah-buahan dengan terlampau sarat dengan bunga, daun mahupun dekorasi yang lain. Hiasan yang berlebihan akan menyebabkan hantaran kelihatan serabut dan tidak menarik.
Menghias dulang hantaran dengan buah-buahan sahaja sudah memadai untuk menonjolkan hantaran jenis buah. Yang paling penting, perlu tahu cara penyusunannya dengan baik dan menarik.
Buah-buahan antara barang yang mudah didapati dan sering kali menjadi pilihan para pengantin untuk dijadikan barang hantaran. Tetapi hakikatnya, agak mencabar untuk mengubah sehingga terhasilnya hantaran yang cantik.