Membeli rumah atau berkahwin dahulu sering menghantui pasangan muda, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ia juga adalah keputusan yang sangat subjektif dan bergantung kepada situasi peribadi, kewangan, dan matlamat hidup.
Mari kita lihat beberapa faktor yang boleh membantu membuat keputusan.
1. Kewangan dan Komitmen Jangka Panjang
Membeli rumah memerlukan komitmen kewangan yang besar. Deposit, ansuran bulanan, cukai, dan penyelenggaraan rumah semuanya perlu diambil kira.
Walaupun perkahwinan juga memerlukan belanja besar, ia biasanya kos sekali sahaja. Jika anda sudah stabil dari segi kewangan, beli rumah mungkin pilihan bijak kerana harta itu adalah aset jangka panjang.
2. Pasangan dan Perancangan Hidup
Jika anda sudah ada pasangan dan bersedia untuk berkahwin, perkahwinan mungkin boleh didahulukan. Namun, berbincanglah bersama pasangan anda tentang merancang kewangan selepas berkahwin. Adakah kedua-dua pihak bersedia untuk komitmen memiliki rumah bersama nanti?
3. Pandangan Peribadi
Ada yang berpendapat rumah adalah keperluan asas, dan memilikinya memberi rasa stabil dan selamat. Namun, bagi sesetengah orang, perkahwinan adalah keutamaan kerana ingin membina keluarga.
Tidak ada jawapan betul atau salah dalam isu ini. Kedua-duanya penting, tetapi keputusan akhir bergantung pada situasi dan matlamat hidup anda.
Yang penting, buat perancangan kewangan yang rapi dan berbincang dengan pasangan jika perlu.
Samada anda pilih untuk beli rumah atau kahwin dulu, pastikan anda tidak terbeban dengan hutang dan mampu menjalani kehidupan dengan tenang.