Pengantin berhadapan dengan masalah untuk pastikan solekan tahan lama? Takut kurang keyakinan diri bila di majlis kahwin nanti dengan wajah pucat tidak sekata? Jika kedua-dua ini permasalahan anda, mungkin artikel 6 Tips flawless untuk si pengantin sesuai buat anda semua baca dan praktikkan.
Jaga rutin penjagaan wajah setiap hari
Sebelum meletakkan apa-apa makeup di wajah, pastikan dahulu wajah sudah dicuci sebersihnya, exfoliate dan pakai pelembap wajah juga. menitikberatkan soal kebersihan wajah adalah yang utama untuk mendapat solekan tahan lama. Kita disarankan untuk cuci muka 2 kali setiap hari, pakai pelembap dan pelindung matahari serta buat exfoliation sebanyak 2 kali seminggu. Selain penggunaan produk penjagaan muka, kita juga haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Lakukan senaman untuk kecergasan diri dan minum air yang secukupnya agar kulit sentiasa segar dan menawan.
Gunakan primer
Fungsi primer ini adalah untuk membuatkan pori wajah nampak lebih kecil dari asal. Ia juga digunakan untuk membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit cukup rata untuk proses pemakaian make up nanti.untuk memastikan solekan mampu bertahan juga, kita perlu memakai primer sebelum bersolek.
Pilih foundation yang betul
Untuk membeli foundation, kita perlu melihat dengan teliti dari segi kualiti jenamanya dan kesesuain warna pada kulit wajah agar tidak nampak bercapuk bila dipakai. Disarankan untuk anda pilih foundation yang bebas minyak untuk elak dari bercapuk semasa digunakan. Bagi mereka yang ada masalah kulit kering pula, carilah produk yang mempunyai asid hialuronik agar wajah sentiasa hidrat. Untuk teknik solekan yang lebih baik ia perlulah bermula dari pemakaian foundation yang betul.Pastikan foundation diaplikasikan secara nipis sahaja lalu biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum ditambah dengan lapisan yang kedua. Ia diakhiri dengan pemakaian foundation dengan bedak untuk pastikan solekan tahan lama.
Bersolek nipis tetapi berlapis
Untuk teknik solekan yang lebih baik ia perlulah bermula dari pemakaian foundation yang betul.Pastikan foundation diaplikasikan secara nipis sahaja lalu biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum ditambah dengan lapisan yang kedua. Ia diakhiri dengan pemakaian foundation dengan bedak untuk pastikan solekan tahan lama.
Spray solekan tahan lama
Beli setting spray untuk pastikan solekan tetap pada tempatnya dan kulit lebih glowing. Gunakan di pada proses terakhir solekan agar tahan lama.
Buat test makeup terlebih dahulu
Nasihat kepada bakal pengantin di luar sana, setelah berjaya memilih MUA untuk majlis perkahwinan anda. Tolong pastikan anda buat test make up terlebih dahulu sehingga anda berpuas hati sebelum menyerahkan tugas solekan kepadanya. Ini bagi memastikan kedua-dua belah pihak boleh mencapai kata sepakat yang memuaskan hati semua bagi memastikan perjalanan majlis perkahwinan itu nanti berjalan dengan lancar khususnya dari sudut persediaan pengantin