Mas kahwin atau juga dikenali sebagai mahar perkahwinan adalah pemberian wajib yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa berlangsungnya majlis pernikahan. Di sini, kami senaraikan 5 idea untuk gubahan mas kahwin yang pastinya mudah dan menarik untuk hari bahagia anda!
Gubahan Dari Bingkai Gambar
Gubahan menggunakan bingkai gambar adalah yang popular didalam top 5 gubahan mas kahwin. Design mas kahwin juga antara gubahan mas kahwin yang popular dalam kalangan pengantin hari ini. Menarik tentang frame gambar ini, ia tidak memerlukan hiasan yang begitu rumit dan banyak kerana ruangannya terhad.
Gubahan Ukiran Dari Akrilik
Siapa kata gubahan design mas kahwin tidak boleh menampilkan nilai estetika yang digabungkan bersama tema nusantara. Jika dilihat, hampir serupa dengan mas kahwin dalam bingkai gambar. Namun istimewanya ini, mas kahwin berbentuk replika sesuai diletakkan di meja televisyen di rumah atau rak-rak buku yang ada.
Gubahan Ala Sirih Junjung
Sireh junjung merupakan antara elemen tradisi yang sudah sebati dalam perkahwinan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Seiring peredaran masa, sirih junjung sudah dimodenkan dimana ianya menjadi salah satu design mas kahwin yang dihias di atas dulang hantaran.
Gubahan Bentuk Kotak
Kotak boleh didapatkan di mana-mana kedai kraf dengan harga sekitar belas ringgit mengikut saiz yang diperlukan. Caranya mudah sahaja dengan tentukan berapa jumlah duit kertas yang perlu digubah di dalam kotak. Kemudian beli kotak mengikut saiz yang sepadan dengan jumlah wang kertas. Susun wang di dalamnya. Pastikan juga gaya gubahan dipilihan muat dan tidak nampak serabut sangat apabila dihias nanti.
Jambangan Mas Kahwin
Yang terakhir didalam top 5 gubahan mas kahwin adalah jambangan bunga. Sering dikaitkan dengan nilai romantik khususnya bagi para mempelai. Ia simbolik untuk menzahirkan rasa kasih sayang, kecintaan, dan keharmonian dalam sesebuah hubungan. Bezanya jambangan bunga biasa dan jambangan bunga mas kahwin, bunga yang biasa menjadi elemen penting akan digantikan dengan lipatan wang kertas seakan-akan seperti sekuntum bunga yang menarik.