Komitmen boleh dikatakan sebagai salah satu kunci kejayaan sesebuah perhubungan. Maksud komitmen dalam perhubungan percintaan ialah apabila anda sanggup mendedikasikan diri, masa dan kasih sayang untuk pasangan dalam jangka masa yang panjang, contohnya dalam perkahwinan. Apabila anda dan pasangan anda berazam untuk menjalinkan hubungan, ini bermakna anda dan pasangan anda akan bersedia untuk menerima sebarang keadaan dan situasi, baik senang mahupun susah. Dengan komited antara satu sama lain, ini adalah tanda bahawa hubungan yang anda temui bersama mempunyai masa depan dan matlamat yang jelas. Mbride akan senaraikan ciri-ciri pasangan anda mempunyai komitmen dalam hubungan.
1. Ingin hubungan serius
Jika anda atau pasangan inginkan hubungan yang serius maka ianya adalah satu komitmen yang ada dalam diri anda atau pasangan anda. Semua wanita menginginkan hubungan yang mereka lanjutkan kearah serius iaitu kahwin. Kita dapat lihat bahawa pasangan yang inginkan hubungan serius akan menyelesaikan sesuatu masalah bersama dan tidak membuat masalah itu bertambah besar.
2. Berkorban dalam hubungan
Jika seseorang yang berkomitmen dalam hubungan dia semestinya berani berkorban untuk pasangan dan hubungannya. Mereka akan berkorban apa sahaja demi kebahagiaan pasangan serta hubungan mereka. Antara contoh berkorban ialah menemani pasangan melakukan aktiviti yang tidak disukai oleh anda. Berkorban ini bukannya hanya melibatkan perkara besar tetapi juga perkara kecil.
3. Sering habiskan waktu bersama
Habiskan waktu bersama pasangan adalah komitmen yang paling perlu ada dalam hubungan. Hal ini kerana pasangan akan merasa mereka sangat penting dalam hidup anda. Tambahan dia merasa anda akan melibatkan dirinya dalam kehidupan seharian anda. Menghabiskan waktu bersama pasangan bukan hanya perlu berjumpa tetapi anda juga boleh menghabiskan waktu dengan bercakap melalui panggilan telefon setelah pulang bekerja atau sebelum tidur. Jika anda terlalu sibuk cuba cari masa untuk luangkan sedikit masa untuk pasangan.
4. Kompromi demi hubungan
Dalam suatu hubungan yang mempunyai kompromi, seharusnya tidak ada sikap ego atau hanya ingin menang. Semua keputusan yang dibuat seharusnya berbincang dengan pasangan untuk kebaikan bersama dan hubungan anda. Jika anda dan pasangan boleh saling kompromi maka anda berada dalam hubungan yang penuh dengan komitmen.
5. Tidak menyembunyikan hubungan.
Ciri hubungan yang berkomitmen biasanya tidak akan menyembunyikan pasangannya dan akan diperkenalkan kepada kawan-kawan, keluarga atau memuat naik gambar pasangan di media sosial. Bak kata orang “ private but not secret ”. Hal ini boleh mengurangkan berlakunya hal yang tidak diinginkan seperti curang. Tidak perlu muat naik gambar pasangan anda setiap hari pun tidak mengapa asalkan ada satu sudah mencukupi. Pasangan juga akan merasa mereka dihargai apabila keluarga atau kawan sudah mengenali mereka.
6. Setia dan terbuka.
Kesetiaan adalah satu komitmen dan sangat penting dalam hubungan yang lama dan ingin berkekalan. Pasangan yang ingin hubungan serius akan setia dengan anda kerana setia itu mahal dan sangat limited. Selain itu, orang yang berkomitmen dalam hubungan akan terbuka dengan perasaan nya sama ada perkara umum atau peribadi. Pasangan akan berkongsi segala hal secara terbuka dengan anda. Hal ini kerana hubungan yang mempunyai komitmen akan mementingkan kepercaya.
7. Boleh menyelesaikan konflik dengan baik.
Setiap hubungan wajib akan berlaku salah faham atau konflik dengan pasangan. Pasangan yang mempunyai komitmen akan menyelesaikan masalah yang berlaku dan tidak lari dari masalah. Ini kerana mereka tahu kalau lari dari masalah maka akan timbul masalah lagi. Pasangan atau anda perlu bersikap terbuka seperti menerima segala kritikan dan mendengar penjelasan sampai akhir. Selain itu, pasangan dan anda perlu saling memaafkan dan sama-sama mencari solusi dari masalah yang ada.