Mengenakan pelengkap gaya yang sesuai pada hari kan menyerlankan keseluruhan penampilan si ratu sehari. Gaya bersahaja, langsung menyerlah dan memukau dengan padanan aksesori yang tepat dan sempurna. Pastinya si dia dan hadirin terpaku saat anda melangkah menuju ke mahligai cinta. Berikut adalah top 5: aksesori semasa majlis perkahwinan yang menarik boleh dipadankan dengan baju anda.
Sepatu
Pemilihan sepatu adalah yang tertinggi terpenting didalam aksesori semasa perkahwinan. Padanan sepatu yang tepat dengan busana glam bakal menonjolkan penampilan yang cukup cantik. Anda boleh memilih sepatu berona pastel dengan sulaman renda berona senada. Untuk nampak lebih anggun, pilih sepatu batu permata
Layah atau “Veil”
Tidak lengkap gaya ratu sehari tanpa layah sebagai aksesori semasa perkahwinan. Ia memberi kesan romantis buat si ratu dan memberi momen perkahwinan yang nyata. Kenakan layah yang sesuai dengan busana yang disarungkan dan pilih rona yang senada agar anda terlihat elegan dan eksklusif. Elak memilih layah yang sarat dengan perincian.
Tiara
Hiasan setereusnya adalah Tiara, aksesori yang sesuai di hari perkahwinan. Juga dapat membuat raja sehari tampak lebih cantik. Pilihlah tiara yang sesuai saiznya dan tidak terlalu besar. Sekiranya anda memilih tema ala Inggeris, anda boleh menggayakan flower crown sebagai pelengkap gaya.
Gelang
Aksesori semasa perkahwinan seperti gelang mutiara akan buat anda tampil menawan. Ini juga dapat membuat si ratu sehari tampak klasik dan pada masa yang sama tampak cukup manis. boleh mengenakan beberapa gelang mutiara dan memakainya dengan jumlah yang lebih banyak. Pasti penampilan anda lebih menyerlah.
Subang
Yang terakhir dalam top 5 aksesori semasa majlis perkahwinan adalah pemilihan subang yang tepat. Ia boleh menjadikan penampilan tampak romantis dan eksklusif. Padanan subang yang terdiri daripada batu permata dapat membiaskan sinaran eksklusif yang cukup nyata. Elakkan daripada memilih subang yang terlalu kecil ataupun terlalu besar. Sebaiknya, pilih subang yang memberi anda keselesaan saat memakainya. Nescaya aura glam itu terpancar dengan penuh anggun dan mempersona.