Nak cari punca suami merajuk ini tidak mudah. Ada suami yang sangatlah pendiam dan tidak mahu berbincang kerana takut akan menjadi pergaduhan. Anda sebagai isteri perlu menjadi seseorang yang de-escalate atau meleraikan ketegangan. Janganlah suami merajuk, anda merajuk kembali! Walaupun dia berdiam, ada cara untuk menang hati suami kembali. Mbride menyediakan beberapa cara untuk pujuk suami yang merajuk. Teruskan membaca untuk mengetahui cara-cara untuk pujuk suami merajuk.
1. Cuba Cari Punca Suami Merajuk
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan bertanya. Jika dia belum bersedia untuk bercerita, biarkan sahaja. Tetapi anda sebagai orang yang memujuk jangan pula overthinking. Mungkin dia merajuk tentang perkara yang tidak berkaitan dengan anda. Mungkin dia merajuk oleh sebab kerjanya. Tiada siapa yang tahu melainkan dia sendiri yang menceritakan. Tetapi, jangan sesekali mendesak suami untuk bercerita. Biarkan sahaja dirinya untuk sementara. Jangan sehingga tidak bertegur sapa pula. Jika dia masih kunci mulut, tidak mengapa. Ucapkan maaf anda kerana mungkin anda sendiri lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak sedar boleh membuatkan dia merajuk.
2. Masak Masakan Kegemaran
Kalau suami taknak keluar bilik, cuba goda dengan bauan kegemaran dia. Dia tak mahu bercakap pun tidak mengapa, asalkan dia makan air tangan anda. Kalau dia tidak mahu makan, simpan sahaja dalam peti sejuk. Anda nak pujuk suami pun, jangan sampai diri sendiri makan hati. Jangan biarkan makanan yang dia tidak sudi sentuh itu basi. Simpan saja dan perhangat esoknya. Jimat masa dan tenaga dari fikirkan nak masak apa esok.
3. Berikan Dia Ruang
Semua orang tahu yang lelaki dan wanita mempunyai perangai yang berbeza. Pastinya cara pujuk juga berbeza. Jika suami sedang merajuk, jangan buat provokasi kepada dia. Berikan dia ruang untuk berfikir dengan waras. Anda juga harus berfikiran waras dan tidak terlalu terasa dengan perlakuannya. Marah atau merajuk, itu tandanya suami perlukan bantuan. Mungkin dia dalam keadaan tertekan. Letakkan diri anda di dalam situasi sama seperti suami.
4. Buat Kejutan Kecil
Kejutan kecil atau tindakan sayang dapat memberikan sentuhan positif pada hubungan. Lama kelamaan, keintiman dan kebersamaan dalam perhubungan dapat diperkukuh melalui sentuhan kecil yang tidak dijangka. Oleh itu, pertimbangkan untuk merancang kejutan yang boleh menggembirakan suami, seperti memberi hadiah kecil yang mempunyai makna istimewa atau merancang detik kejutan lain yang boleh mencipta kenangan positif bersama. Langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan kebahagiaan suami anda, tetapi juga memperkaya hubungan emosi antara anda berdua. Ia juga akan mewujudkan asas yang lebih kukuh untuk keharmonian dalam hubungan anda.
5. Jangan Buat Andaian
Perkara yang paling membahayakan adalah andaian. Ini kerana andain akan bersulam dengan overthinking. Bukan sahaja anda tidak akan menyelesaikan masalah malah anda sendiri akan menjadi masalah kepada suami kelak. Tiba-tiba timbul pula syak wasangka. Haa… kan jadi lebih susah sekarang. Jadi jangan overcomplicates things. Jangan membuat andaian, tetapi bertanya. Jika dia tidak bersedia, biarkan ia pergi.
6. Fahami Kehendak Hati Suami
Kadang-kadang kan suami ni merajuk sebab dia marah sebenarnya. Cuma dia tak boleh luahkan dengan betul kemarahan dia. Sekiranya dia sudah bersedia untuk bercerita, ada boleh cari jawapan dari dia. Berbincanglah dari hati ke hati. Anda lebih kenal suami anda dan cara komunikasi yang betul dengannya. Gunakan apa yang anda tahu untuk biarkan dia untuk luahkan.
7. Communication Is Key!
Communication is key but what if he doesn’t want to talk? Well, not communicating is also communicating. Saat berkomunikasi, jujurlah tentang perasaan Anda tanpa menyalahkan. Gunakan ungkapan seperti “Saya merasa khawatir” atau “Saya ingin memahami lebih baik apa yang abang rasakan.” Ini membantu menciptakan ruang untuk saling memahami. Jadi cuba fahami cara dia. Kalaulah sampai ke sudah dia tidak mahu menceritakan, mungkin anda boleh biarkan sahaja. Mungkin rajuknya tiada kena mengena dengan diri anda.
8. Buang Ego Anda Sendiri
Jika anda sudah tahu punca rajukannya, anda boleh pujuk dia dengan merendahkan ego anda sendiri. Lelaki juga mempunyai perasaan, jadi sememangnya akan ada masa terasa. Mungkin dia sudah menahan lama rasa sabar dan waktu dia merajuk adalah apabila segalanya terluah. Buang ego anda dan bertolak ansurlah. Ini adalah kunci sebuah hubungan yang sihat.
9. Jangan Minta Pandangan Orang Luar
Sebenarnya ada boleh minta pandangan orang luar untuk memujuk dan minta cadangan. Tetapi bukan untuk mencanang kehidupan rumah tangga anda. Hal ini kerana selalu isteri akan mula memahami suami dan pandai memujuk. Tetapi kawan anda yang mendengar masalah anda cuma akan cop suami ada sebagai orang yang tidak rasional. Oleh itu, elakkan untuk minta pandangan orang luar bagaimana untuk pujuk suami anda.
10. Pikat Semula Suami
Kalau begitu anda perlu pikat semula hatinya. Buatlah apa-apa yang dia suka. Minta dia belikan baju malam atau belikan sesuatu yang dia memang akan suka. Kalau panjang rajuknya, makin besarlah usaha anda perlu lakukan untuk memujuk dia. Lagi-lagi jika anda penyebabnya, kan?